Rabu, 25 April 2012

::32 weeks::


lama sungguh aku menyepi dari blog ni....sibuk dengan hal dunia kekdahnya...tambah malas nak update yang memang dah sebati ngan diri ni....

sekarang baby dalam perut yang bulat ni dah nak masuk lapan bulan...kira2 kat kalender lagi 46 ari jer aku nak deliver...so far baby alhamdulillah...aktif sesangat...bergoyang-goyang perut aku ditendangnya....
tapi aku suka..inilah nikmat yang hanya akan dirasa oleh ibu yang mengandung.....tambahan pula ari tu dah scan...insyaallah baby boy....patutlah melasak bukan main.........

so far, mengandung kali ni alahannya tak teruk sangat...mungkin sebab dah terbiasa...yang dulu aku rasa mangada n manjer kan diri yang lebih...tu yang rasa alah melampau tu...masuk third pregnancy dah tak sempat nak mengada dah...jenuh plak nak melayang karenanh Aimie n Aqil....

persiapan untuk baby pun aku dah ready dah....kali ni rezeki untuk baby ni lebih skit...semangat plak aku membeli baju...yerlah...setiap anak ader rezeki diorang masing-masing....
aku harap sangat aku dapat deliver baby ni waktu cuti sekolah awal bulan 6 ni...bukan apa..kalau waktu cuti sekolah tak lah kalut sangat nak uruskan Aimie ker tadika...sian plak kat Lee.. kena handle semuanya...

moga Allah mudahkan urusan aku ngan baby ni nanti...kita hanya mampu berdoa jer...semoga semuanya baik-baik belaka....INSYAALLAH

P/s::: oh yer....bidan nak mengurut waktu dalam pantang tak jumpa lagi.....



 






Isnin, 23 April 2012

AWAS!!!!!!!!JERAT HUTANGGG.....

DALAM kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata, apa saja yang dihajatkan boleh direalisasikan asalkan berkemampuan. Namun yang menjadi masalah segelintir anggota masyarakat kita pada hari ini apabila dibebani hutang. Terlalu banyak 'fasiliti' disediakan oleh pihak tertentu untuk ‘memudahkan’ kita berhutang. Tidak kira kereta, rumah, perabot hatta bajet untuk melangsungkan perkahwinan, tentu ada pihak yang ‘sedia’ memberikan perkhidmatan meminjamkan wang. Kerana hutang juga, realiti yang berlaku hari ini apabila kadar kemuflisan semakin meningkat setiap tahun.



Lebih menyedihkan apabila melihat ramai kalangan mereka diisytiharkan muflis adalah golongan muda-mudi. Jika tidak percaya, pergilah ke mahkamah tinggi dan lihat, setiap hari ada kes bankrap didaftarkan. Jika diukur pada tahap umur, mereka sepatutnya sedang membina asas tapak yang kukuh untuk kehidupan masa hadapan tetapi malangnya, hutang ini memusnahkan sebahagian perancangan masa depan mereka.



Namun, siapa harus dipersalahkan kalau bukan diri sendiri. Ini kerana, faktor yang membawa kepada gejala ‘berhutang’ atas kehendak serta pilihan sendiri. Paling utama, ia kerana desakan hawa nafsu serta keinginan untuk memiliki sesuatu di luar kemampuan diri. Pantang melihat orang lain ada, hati juga berkobar- kobar untuk turut memiliki benda yang sama. Orang ada kereta baru, dia juga tidak mahu kalah untuk memiliki kereta baru. Jiran rumah membeli gelang emas baru, dia juga membeli barang kemas hingga ke siku.



Keduanya, pengaruh daripada sahabat atau jiran tetangga sering memberi galakan untuk berhutang. Lebih sukar lagi jika jiran atau sahabat handai itu sendiri adalah ejen kepada sesebuah produk dan setiap hari mempengaruhi kita untuk memiliki sesuatu yang sebenarnya kita tidak perlukan. Ketiganya, rasa tidak puas dan bersyukur dengan apa yang ada. Kononnya mahu memperbaiki kehidupan dari semasa ke semasa, tetapi terlupa kesan dan akibat daripada berhutang tersebut.



Antara faktor lain yang dilihat turut menyumbang kepada masalah hutang ini ialah keinginan memiliki sesuatu benda dengan cepat walaupun pada hakikatnya, ia di luar kemampuan individu tersebut. Kerana itu, sebelum merancang untuk memiliki sesuatu yang berada di luar kemampuan, fikirkan dulu adakah barang itu satu keperluan atau kehendak. Jika ia satu keperluan (dharuriyat), maka Islam mengharuskan untuk berhutang.



Sepertimana dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah; berkata seseorang: “Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda, Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”



Maka berhati-hatilah dan sentiasa berfikir secara bijak sebelum mengambil keputusan untuk ‘berhutang’, terutamanya apabila berhutang dengan pihak yang kini mengamalkan sistem hutang ‘ala Islam’ sedangkan mengamalkan konsep riba. Menggunakan pelbagai istilah dan konsep Islam hanya untuk mengabui mata masyarakat, padahal hakikatnya, ia tidak lebih daripada sekadar ‘helah’ untuk menarik masyarakat supaya terjebak dalam hutang.



Selain daripada kemungkinan berhadapan dengan tindakan muflis, antara kesan kegagalan untuk melunaskan hutang adalah merasa tidak tenteram. Sentiasa dikunjungi rasa tidak aman, takut dan terancam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang meminjam dengan ‘along’ atau ‘ceti haram’ kerana bukan mereka saja yang diperhatikan, malah ahli keluarga lain serta harta benda turut menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan mereka.



Antara kesan negatif akibat hutang adalah punca ke arah gejala hidup tidak sihat seperti mencuri, menipu dan sebagainya. Tentunya orang yang tersepit akan melakukan apa saja untuk melepaskan diri tanpa memikirkan halal dan haram. Apa yang lebih ditakuti adalah fakta ada sesetengah orang sanggup menjual diri, isteri atau anak gadis kepada pemberi pinjaman sebagai langkah penyelesaian kepada hutang yang tidak tertanggung.



Saya juga pernah terdengar tazkirah disampaikan seorang ustaz di dalam radio yang memetik sebuah hadis daripada Rasulullah bermaksud: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hinggalah dia menjelaskan hutangnya.”



Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Semua orang yang mati syahid diampuni dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasa’I dan Ibn Majjah)



Dalam sebuah kisah, pernah dinyatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak akan menyolatkan jenazah orang yang masih dibelenggu hutang. Hadis diriwayatkan Saidina Ali RA bahawasanya apabila didatangkan kepada baginda satu jenazah, baginda tidak bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.



Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah meminta sahabatnya agar menyembahyangkan jenazah itu atau baginda sendiri yang akan menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang jenazah akan diserahkan atau ditanggung oleh Baitulmal. Begitu berat tanggungjawab apabila berhutang dengan manusia. Apabila tidak dilunaskan, ia akan menjadi dosa yang tidak terampun sehinggalah si pemberi hutang itu meredakannya. Tidak seperti dosa yang dilakukan kepada Allah terhapus sekiranya seorang hamba itu bertaubat atas dosa dilakukan kepada-Nya.



Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seorang hamba itu menghadap Allah nanti selepas dosa-dosa besar yang lain ialah, seorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang masih belum diselesaikan.”



Maka beringat-ingatlah sebelum menurut desakan hawa nafsu yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang telah kita ada.





--



Noor Aishah Zaharin

Penolong Pengarah,

Bahagian Pengurusan Banjir,

Jabatan Pengairan dan Saliran.



No. Tel : 03-26972506

No. Fax : 03-26938346