Jumaat, 29 April 2011

hujan ohh hujan....



salam pagi jumaat.....

pagi ni hujan....nak kata lebat tak jugak...tapi renyai-renyai....
bila hujan hujan camni...

mulalah .......
rasa ngantuk...
rasa sejok sangat...
rasa nak dok bawah selimut...
rasa nak tidoooooo...

kalau lah dapat buat semua tu....
alangkah indahnya........



Khamis, 28 April 2011

happy buffday aimie....happy birthday to you...

salam....lamat tak update blog...dah bersawang dah blog aku ni......

hari ni adalah hari lahir anakku NUR AIMIE ZULAIQHA...dah 5 tahundah dia...moga dia membesar menjadi anak yang baik..mendengar kata...soleh...pandai menjaga diri dan berjaya dunia akhirat....

tak tau nak buat majlis or tak hari jadi dia kali ni...sebelum2 ni aku buat jer makan2 utuk raikan dia....tapi untuk hari ni..ingat balik opis karang aku nak belikan kek..n  blow candle jer...dia suka sangat dah...
n nak belikan hadiah...ingat nak belikan buku latihan dia...sebab buku latihan yang ayah dia belikan aritu dah buat abis dah semuanya.....

so far aku tgok kebolehan dia dalam akedemik ok lah...dah boleh membaca..n kenal huruf n number dan turutannya...dia memang rajin..cuma kengkadang tu aku jer yang takda masa...ke malas..nak melayannya....

moga dia berjaya....untuk aimie...

ummi sayang sangat2 kat aimie...kalau ummi marah tu mungkin ader sebabnya...ummi sentiasa mendokan yang terbaik untuk aimie....(manalah tau kot dia baca blog aku nanti...)




Isnin, 11 April 2011

::monday mood::

salam pagi isnin...
pagi ni sampai awal kat opis..dengan semangatnya datang ker opis...yer lah dah dua ari cuti an...
tapi yang bosannya..bila sampai opis takleh nak on pc...pc dah nazak..cik rizuan zambri ambik utk dibaiki.....


so aktiviti pagi ni...settle skit2 mana kerja yang tertunggak n baca buku "keramat sebuah hati"...pinjam dari kak nizan...


mood aku sebenarnya tak berapa ok pagi ni...perasaan bercampur baur....sedih+happi+gelisah+resah+suka semuanya ader....biasalah manusia...dalam kata lain mungkin perasaan kurang tenang...


biasalah tu..normal..bak kata buku yang aku baca ni hati @ perasaan berubah seperti air yang mendidih...


entahlah.....


ok lah ader org callah...nanti aku sambung lagi ek...kalau rajin lah....maklumlah...jiwa kacau...arghhhhhh

Jumaat, 8 April 2011

::SEMPURNA::

SUKA SANGAT NGAN LAGU NI...WALAU PUN DAH BERAPA KALI TUKAR PHONE...RING TONE AKU TETAP NGAN LAGU SEMPURNA NI....
MUNGKIN SEBAB LIRIK LAGU N MUSIC DIA KOT...
TENANG DAN TAK SERABUT

LAGU NI MEMANG BERMAKNA DALAM HIDUPKU...
SEBAB AKU RASA AKU DAH CUKUP SEMPURNA MEMILIKI SEGALANYA DALAM HIDUP INI....

KITA KENA BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA MILIKI BARU LAH KITA RASA SEMPURNA....
*
*
*
*
*
*
Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku




::demi sebuah bahagia::

Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.


Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.

Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.



PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA



Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.


Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.


Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.


Namanya “Ingat 2 Lupa 2″



INGAT 1



Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.



Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?



Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?



LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.



“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.



“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)



Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.



INGAT 2



Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.



Kenangkan ia, ingatkan selalu.



Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.



Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.



Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.



LUPA 2



Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.



Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.



Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.



MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF



Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?



Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.



"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"



Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.



Maafkan aku, hamba yang berdosa.



Moga ada sinar bahagia, di hari muka.




artikel from::
ABU SAIF @ www.saifulislam.com