::sesuci kaseh::
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
Rabu, 27 Mei 2015
Abahku...Abdullah Zawawi bin Abdul Samad
Abah meninggal dunia pada pagi 6.2.2015 pukul 6.30 pagi. Subuh hari Jumaat. Cantik betul waktunya dan pengakhiran arwah abah.....Subhana Allah.
Pagi tu mak kol aku...mak kata abah pengsan....masa nampak nama mak kat skreen hpon tu aku dah tak sedap ati dah...napa plak mak kol pagi2 ni....mak kata soh kol apis...mak kata abah ni macam dah tak sedo...aku ingat mayb abah hipo....sebb penah jadi dulu...
Aku terus kol apis...soh apis tgok mak kat umah...dan terus bagitau Lee aku nak balik kuala abh sakit... kelam kabut pagi tu...kol plak kak long bgtau kaklong...sbb mak kol aku jer...tapi masa tu aku tak rasa abh takda...hati aku kata abah pengsan...
Lepas dah siap semua..masa on the way nak balik tu...kaklong call..kata abah dah takda..dah meninggal...sebb Pakduan anak angkat mak bgtau kat abg wad..abg ipar aku..Ya Allah gelap rasanya..
Tapi urusan abah sangat cepat....rezeki abah..tiada halangan...ramai yg menguruskan...pagi tu lepas aku sampai...org hospital pon dtg dgn ambulance sebb nak wat pengesahan kematian...lepas tu diorg terus angkat jenazah utk mandikan ...aku ambik peluang untuk mandikan...Ya allah rasa macam abah tgah tido jer....lepas mandi terus kafan..Ya allah...sedihnya waktu tu...lepas kafan ...Solat dan terus bawak jenazah abah naik van untuk ke kubur....pukul 10.30 waktu tu...
Semua terus ke kubur. Jenazah abah dikebumikan kat tanah perkuburan kat Taman Jasa....org ofis aku ponn ramai yg datang...boss en Ayasing pon ada....En Fahim..Hj Fatimah..Kak Linda..Abg Kamil En Ghani dan En Haruddin....terharu rasanya...
Selesai di kubur...balik umah mak....waktu tu baru kol 11.30....Alhamdulillah...urusan pengakhiran abah untuk bertemu Pencipta sungguh mudah .Moga rohnya di letakkkan bersama org2 yang beriman. Insya Allah....
Selasa, 26 Mei 2015
Jumaat, 14 September 2012
rambut gugur selepas bersalin
sekarang ni Iman Harith dah berumur 3 bulan ++...dan yang menjadi masalahnya, rambutku telah gugur dengan banyak sekali...banyak gila...
bukan sikit-sikit punya gugur...kalau kita usap kepala jer pun boleh gugur...usahkan kalau kita sikat...kalau waktu nak syampu rambut tu dekat nak segenggam rambut tu gugur..kat rumah sekarang ni kalau tak bersapu...kat mana-mana ada rambutku...dekat bantal...dalam toilet...atas lantai...atas kusyen...
bila dah banyak gugur..aku jadi risau..kulit kepala pun dah nampak...takut nak bukak tudung ....ngeri tengok kepala sendiri...
aku try lah goggle...risau gak masalah ni berlarutan...antara info yang aku dapat...haaaa bacalah kat bawah nieeee
Penjelasan : Masa kita pregnant, rambut kita banyak yg dalam fasa menumbuh (hihihi excuse for my language ye , dalam BI katanya growing phase), jadi kalau u all perasan, nk dekat2 bersalin, rambut kita jadi sangat lebat. Bila kita dah bersalin, rambut kita semakin banyak yang masuk fasa rehat dan tidak menumbuh lagi. Oleh itu, banyak la yang gugur.....
Sampai bila masalah ni terjadi?
**** ada yang sampai umur baby 4 ke 5 bulan (tu bernasib baik la sebab kejap aje), tapi ada yang sampai setahun pun ada, sampai nak dekat botak dah kepala (nauzubillah), tapi agak2 sampai nak dekat sama dengan jumlah rambut sebelum kita pregnant, dia stop la gugur.
Apa yang anda perlu ketahui:
* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
* Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Cara saya mengatasinya:
-Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi. Rambut yang gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi. Dinasihatkan kerapkan menyapu/vacuum untuk membuang rambut yang gugur. Sekiranya bayi menangis tanpa sebab, pastikan samada ada rambut yang terbelit pada badan bayi.
Tips penjagaan rambut:
-Makan makanan yang seimbang.
-Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan.
Kenapa ia terjadi????
**** sebab rambut kita kebanyakannya dalam fasa rehat. (Depa duk asyik berehat sampai tak sedar dah jatuh ke bawah)
orang tua-tua kata...ibu gugur rambut bila anak start main sembur sembur air liur...budak dobot ni memang suka sembur sembur pun...patutlah gugur rambut mak ko dikkkk oiii... |
Khamis, 2 Ogos 2012
roti jala mengancam...
salam...ni kisah ari selasa ari tu....
lee cuti sebab kononnya nak baiki kereta yang kena hentak...ari isnin tu pas ambik dia kat stesen bas...nak pi bayar aeon kat gm...kat simpang keluar dari masjid negeri tu ader kereta jabatan bomba hentak....kemek sikit jer pun...so ari ni dia terpaksa lah cuti sebab nak bawak kete ker worksyop kononnya...tapi at last tak jadi...cina tu bagi duit jer....
aku dari pagi tu dah ajak dia pi Danso ka Jusco station 18...nak beli botol nak wat roti jala...semangat tengah berkobar-kobar...tapi pagi tu banyak tol halnya...pagi tu pergi Mydin dulu...beli barang dapun n susu untuk 2 budak bertuah dalam rumah ni...dia kata kalau nak pi Jusco tunggu aimie balik dulu..konon nak bawak minah tu skali lah...
so kitorang gerak ker Jusco dalam pukul 1 lebih gak lah...hajat nak mencari pouch cover untuk tepon HTC skali...skali dah sampai Danso..rambang mata...cantik n comel-comel jer kitchen utensil kat situ...aku rembat 2 bakul shocking pink ....balik dari Jusco dah pukul 4...pouch utk HTC tak sampai stock lagi...sampai umah jer teruslah aku menjala berselang seli berlari ke bilik untuk enjutkan buaian iman...lolah aku...budak iman ni taknak tido-tido plak..nak mintak aimie tolong tengokkan adik dia..dia tido..lee pulak sibuk nak bakar sampah lah...sapu sampah kat luar lah...hangin jer aku...org dah lah semangat nak wat roti jala ni....
maka setelah penat menjla maka terhasillah roti jala yang mengan cam ni......
napa aku panggil roti jala mengancam sebab....aku punya sukalah..roti jala aku...wakakaka....isssss takdalah...sebab warna dia tak macam biasa....aku cicahkan ngan kuah durian....yerlah bulan puasa ni mesti nak yang manis-manis kan......sedaplah plak...aku bagi sikit kat mak n kak jah...
bancuhan dia senangjer...2 cawan tpg gandum...1 cawan santan...1 1/2 cawan air ...sebijik telur n garam skit.masukkan dalam blender dan brekkkkkkkkkkkk....sonang sangat......
Isnin, 30 Julai 2012
hari ke 4, ramadhan 2012
Salam.......
Hari ni dah masuk puasa yang ke berapa ek...aku pun dah
lupa...puasa ke 10 kan..kejap jer masa brlalu..meh nak share gambar menu iftar
kami puasa hari ke 4 ari tu...
Teringin benor nak makan bubur tepung pulut ni...aku goggle
lah resepinya...baru aku tau org panggil ni bubur butir nangka...idok le plak
tahu selama ni...pastu aku ader gak buat asam pedas....jarang sebenarnya aku
masak asam pedas...hari tu masak asam pedas...sedap yaaa amat...cam tak cater
jer aku masak sedap....
Langgan:
Catatan (Atom)