sekarang ni Iman Harith dah berumur 3 bulan ++...dan yang menjadi masalahnya, rambutku telah gugur dengan banyak sekali...banyak gila...
bukan sikit-sikit punya gugur...kalau kita usap kepala jer pun boleh gugur...usahkan kalau kita sikat...kalau waktu nak syampu rambut tu dekat nak segenggam rambut tu gugur..kat rumah sekarang ni kalau tak bersapu...kat mana-mana ada rambutku...dekat bantal...dalam toilet...atas lantai...atas kusyen...
bila dah banyak gugur..aku jadi risau..kulit kepala pun dah nampak...takut nak bukak tudung ....ngeri tengok kepala sendiri...
aku try lah goggle...risau gak masalah ni berlarutan...antara info yang aku dapat...haaaa bacalah kat bawah nieeee
Penjelasan : Masa kita pregnant, rambut kita banyak yg dalam fasa menumbuh (hihihi excuse for my language ye , dalam BI katanya growing phase), jadi kalau u all perasan, nk dekat2 bersalin, rambut kita jadi sangat lebat. Bila kita dah bersalin, rambut kita semakin banyak yang masuk fasa rehat dan tidak menumbuh lagi. Oleh itu, banyak la yang gugur.....
Sampai bila masalah ni terjadi?
**** ada yang sampai umur baby 4 ke 5 bulan (tu bernasib baik la sebab kejap aje), tapi ada yang sampai setahun pun ada, sampai nak dekat botak dah kepala (nauzubillah), tapi agak2 sampai nak dekat sama dengan jumlah rambut sebelum kita pregnant, dia stop la gugur.
Apa yang anda perlu ketahui:
* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
* Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Cara saya mengatasinya:
-Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi. Rambut yang gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi. Dinasihatkan kerapkan menyapu/vacuum untuk membuang rambut yang gugur. Sekiranya bayi menangis tanpa sebab, pastikan samada ada rambut yang terbelit pada badan bayi.
Tips penjagaan rambut:
-Makan makanan yang seimbang.
-Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan.
Kenapa ia terjadi????
**** sebab rambut kita kebanyakannya dalam fasa rehat. (Depa duk asyik berehat sampai tak sedar dah jatuh ke bawah)
orang tua-tua kata...ibu gugur rambut bila anak start main sembur sembur air liur...budak dobot ni memang suka sembur sembur pun...patutlah gugur rambut mak ko dikkkk oiii... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan