Rabu, 16 Februari 2011

ujian dariNya....

salam.......

aku suka sangat baca artikel ni...actually artikel kat bawah ni aku jumpa waktu pergi kat web iluvislam...waktu tgah down...memang dalam mood sedih gila2 punya...

waktu tu aku tgah preggy 8 bulan++...waktu tu jugak lee masuk hospital..suspek denggi..pas dah abih denggi..platlet dah naik..ingat kan dah boleh kuar wad lah..rupanya demam dia tak kebah2 gak..then doc kata ada jangkitan kuman dalam darah dia...risau gila aku waktu tu...
balik dari opis jer terus gi hospital tgok dia..dah lah kat hospital tu susah nak parking...kalau ader pun punyalah jauh..aku yang tgah memboyot ni...berjalan ler terkengkang2 bawak perut....waktu jalan tu...menitik2 air mata...rasa sedih sangat..rasa beratnya ujian...kalau kat hospital tu paham paham jer lah...waktu melawat sure lif penuh..so aku menapak lah naik tangga...nasib baik tingkat 2 jer...harapan aku waktu tu aku akan mudah bersalin nanti...
dan waktu tu jugaklah bulan puasa...dah senja baru balik umah...dok umah 2 org jer ngan aimie..aimie lah penguat semangat aku waktu tu....pas semayang maghrib jer aku baca yasin semoga lee cepat sembuh dan nak menenangkan hati aku...aku berdoa jer aku agar aku bersalin hanya selepas lee kuar hospital...risau gak kalau aku bersalin awal....
7 hari lee dok hospital...dalam masa 7 hari tu macam- yang aku rasa...rasa dah tak tertanggung dah...rasa ujian tu, adalah ujian yang paling berat...dan Alhamdulillah aku dapat melaluinya...aku sabar dan redho atas apa yang berlaku...
bila nak balik jer...lee slalu pesan akt aku..kita kena sentiasa redha...mungkin ni ujian dari Allah untuk kita sekeluarga...sabar...banyak kan berzikir untuk tenangkan hati....dia kata ini baru sedikit....yang sedikit ni pun tak tertanggung...mungkin org lain lebih teruk dari ini...
Alhamdulillah segalanya kembali seperti sediakala lepas lee dah kuar hospital.....Alhamdullilah....syukur sangat2....aimie lah org yang paling seronok waktu aku cakap ayah dah boleh balik umah...dan selepas sebulan kejadian  akhirnya Allah berikan kami sekelurga kegembiraan dengan lahirnya Muhammad Aqil Danial...Alhamdulillah aku melahirkan Aqil dengan mudah dan kesakitan yang aku alami semasa melahirkannya juga singkat...
Aku anggap itulah hikmah diatas ujian yang telah diberikan...Rezeki kami sekeluarga pun begitu murah selepas itu...Alhamdulillah...Moga kami tidak lalai dengan apa yang telah dikurniakan...setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....Insyaallah....

...ALHAMDULILLAH....



Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan