salam....
pagi tadi waktu anto aimie kat tadika dia..dia merayu kat aku suh cakap kat cikgu yang dia taknak dok sebelah mirza..aku tanya kenapa...dia kata dia tak suka mirza...
actually aku dah tau dah dia tak suka ngan si mirza ni..yelah..kes dia mengamuk taknak pi tadika dulu adalah disebabkan budak ni jugaklah...
sebelum ni dia ader citer kat aku..yang si mirza ni suka asah pensil tajam2 pastu cucuk kat tangan dia...pastu budak bertuah ni jugak suka sangatlah main sembur2 air liur kat anak aku...geram gak aku dengarnya..tapi kalau ikutkan ati aku malas ler nak masuk campur hal budak2 ni...tapi lee kata takkan disebabkan si mirza ni aimie tak ke sekolah...lagi lah masaalah..sebagai ibu yang prihatin wekkkk...aku pun bagitau lah kat cikgu nya tadi...cikgu kata takpalah..nanti dia tukarkan tempat duduk....
si aimie ni lemah lembut n lemah gemalai sikit..ikut mak dia lah tu..huhuhu..masa dia citer kat aku pasal si mirza ni..meleleh leleh airmata dia..aku yang dengar pun naik sedih....sian kat anak aku kena buli.....
petang ni aku nak tanya klat dia samaada cikgu dah tukar tempat or blum....
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
Khamis, 17 Februari 2011
Rabu, 16 Februari 2011
ujian dariNya....
salam.......
aku suka sangat baca artikel ni...actually artikel kat bawah ni aku jumpa waktu pergi kat web iluvislam...waktu tgah down...memang dalam mood sedih gila2 punya...
waktu tu aku tgah preggy 8 bulan++...waktu tu jugak lee masuk hospital..suspek denggi..pas dah abih denggi..platlet dah naik..ingat kan dah boleh kuar wad lah..rupanya demam dia tak kebah2 gak..then doc kata ada jangkitan kuman dalam darah dia...risau gila aku waktu tu...
balik dari opis jer terus gi hospital tgok dia..dah lah kat hospital tu susah nak parking...kalau ader pun punyalah jauh..aku yang tgah memboyot ni...berjalan ler terkengkang2 bawak perut....waktu jalan tu...menitik2 air mata...rasa sedih sangat..rasa beratnya ujian...kalau kat hospital tu paham paham jer lah...waktu melawat sure lif penuh..so aku menapak lah naik tangga...nasib baik tingkat 2 jer...harapan aku waktu tu aku akan mudah bersalin nanti...
dan waktu tu jugaklah bulan puasa...dah senja baru balik umah...dok umah 2 org jer ngan aimie..aimie lah penguat semangat aku waktu tu....pas semayang maghrib jer aku baca yasin semoga lee cepat sembuh dan nak menenangkan hati aku...aku berdoa jer aku agar aku bersalin hanya selepas lee kuar hospital...risau gak kalau aku bersalin awal....
7 hari lee dok hospital...dalam masa 7 hari tu macam- yang aku rasa...rasa dah tak tertanggung dah...rasa ujian tu, adalah ujian yang paling berat...dan Alhamdulillah aku dapat melaluinya...aku sabar dan redho atas apa yang berlaku...
bila nak balik jer...lee slalu pesan akt aku..kita kena sentiasa redha...mungkin ni ujian dari Allah untuk kita sekeluarga...sabar...banyak kan berzikir untuk tenangkan hati....dia kata ini baru sedikit....yang sedikit ni pun tak tertanggung...mungkin org lain lebih teruk dari ini...
Alhamdulillah segalanya kembali seperti sediakala lepas lee dah kuar hospital.....Alhamdullilah....syukur sangat2....aimie lah org yang paling seronok waktu aku cakap ayah dah boleh balik umah...dan selepas sebulan kejadian akhirnya Allah berikan kami sekelurga kegembiraan dengan lahirnya Muhammad Aqil Danial...Alhamdulillah aku melahirkan Aqil dengan mudah dan kesakitan yang aku alami semasa melahirkannya juga singkat...
Aku anggap itulah hikmah diatas ujian yang telah diberikan...Rezeki kami sekeluarga pun begitu murah selepas itu...Alhamdulillah...Moga kami tidak lalai dengan apa yang telah dikurniakan...setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....Insyaallah....
...ALHAMDULILLAH....
Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)
Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)
Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)
Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)
Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.
Ayat Seribu Dinar
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

::anak yang soleh::
"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]
Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh
Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.
Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.
Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi.
Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.
Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.
Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.
Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.
Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.
Akhir kalam :
"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."
*petikan diambil dari sini...sekadar utk pembacaan..terima kasih
Jumaat, 11 Februari 2011
resepi makanan bayi
salam...
2 mac 2011 ni genap umur aqil 6 bulan....maknanya..aqil dah bleh start makan dah...tak sabar rasanya nak suap dia makan...
sebenarnya sejak minggu lepas lagi aku dah suapkan dia makan..aku bagi nestum beras...
alhamdulillah lah...waktu aimie dulu pun senang jer nak suap makan...kan kadang2 kita dengar citer org yang anak nya menolak bila disuapkan makan....
antara menu yang aku slalu buat dulu utk aimie ialah...
Bubur nasi + kentang
beras beberapa sudu
kentang stgh biji (potong halus2)
air........seelok2nya makanan baby jgn letak garam atau pak aji ye...
then....rebus sampai betol pecah beras...- blend bubur td and tapis...- biar sampai suam2 dan bole la mkn....
(kadang2 campur nasi nagn kentang...kadang tu nasi+carrot..kadang tu nasi ngan ikan...nasi nagn bayam pon pernah gak buat...)
Puree pisang
kalau nk bagi baby mkn buah..make sure buah itu di masak dahulu..ini utk elak kembung
pisang yg telah masak ranum (potong halus)
air utk merebus- didihkan air bersama pisang biarkan beberapa minit / pisang menjadi lembik- blend puree dan tapis.- sedia utk di makan....... sesuai dimakan waktu petang...kira tea time la..
waktu aimie dulu...aku akan buatkan bubur nasi dia pagi2 untuk diberi kepada pengasuh..kan lebih elok air tangan ibu yang buatkan utk anak makan...
so.....bila sampai umah pengasuh andaikata bubur tu dah sejuk..dia akan tolong panaskan lah....
moga aqil nanti takda masalah utuk makan....moga berselera lah ngan resepi2 yang akan umi pelbagaikan....
Khamis, 10 Februari 2011
kelam kabut...haru biru
pagi tadi terjaga dari tidur jer.....terkejut aku....
whattttttttttt????????
tengok jam dah pukul 7.15 pagi....
melompat aku terjun dari katil...
terus kejut aimie.....
aimie siap cakap apa...."ummi...ni semua salah matahari...napa matahari tak kuar..kan dah tak sedar hari dah siang.....
pandai lah ko nak nyalahkan matahari pulak.....
aku suruh jer dia mandi sendiri...aku plak salinkan pampers aimie..cepat-cepat mandi semayang semua....lee plak...tolong jemur kain....nasib baik lah ...laki aku rajin menolong....terus kuar umah...bila masuk keter tgok jam pukul 7.37....berpeluh-peluh...
anto aqil kat umah pah jah terus zaaaaaassssss pi anto aimie kat tadika.....
wahhhhh laju gak kami bersiap.....
aimie pagi ni bawak bekal donut jer...beli kat makcik TNB
sampai sampai opis tgok jam kat punchcard kol 7.59.....
legaaaaaa.......nasib baik tak merah......
dan pagi ni adalah breakfast kat station 18 ngan kaktun, kaksu, kak k, n kak su...naik keter kak su...kaktun yang blanja....tima kasih lah..... aku makan lontong.......shedapppp oooooo....
gambar adalah google...
pagi yang kelam kabut...arap arap pas ni tak jadi lagi....
Rabu, 9 Februari 2011
yummy yummy....
sedapnya.....sedap wooooooo
teringin giler biler tgok gambar makanan ni kat milkdeal.....aku sure aimie mesti suka...
terutamanya red velvet.....cam sedap jer....tapi aku tau memang sedap pun...tgok gambar jer pon dah tau.....
jom layan gambar...
tinggal 8 jam jer lagi kalau nak beli kat milkdeal....
aku yang dok ipoh ni...agak-agak tak sempat lah....lagi pun bukannya aku nak sambut valentine....telan air lur jer lah....
gulp gulp gulp
Isnin, 31 Januari 2011
::bigapple dan selipar laut :) ::
salam
semalam kan hari ahad...maka adalah hari melepak-lepak kat umah jer...petang tu baru kuar pi Jusco...aimie lah...bising nak makan donut...so pas zohor tu kitorang gi lah...nasib baik cuaca ok...hujan renyai-renyai..sampai jusco..mak aiii punyalah ramai org..nak cari parking pun satu hal...kitorang terus jer pi ke FOOd Court..pas dah beli donut..aimie apa lagi tergedik2 nak main kat playland tu...oklah...layang kan ajer lah...sambil tunggu aimie main , aku lee n aqil dok kat luar pagar tu...lepak kat kerusi...bila aqil start mengamu aku pun ajak lah aimie balik..sebelum balik..sempat lagi aimie makan yee mee n lee makan chee chong fun...diorang lapar....

gambar adalah diambil dari http://masak-masak.blogspot.com..... (credit to owner) tak sempat nak ambil gambar...aku pegang aqil..lee plak sibuk makan...ngeeee
on the way nak balik umah adalah hujan dgn lebatnya.....
malam pas dah settle semua..aqil pun dah tido..aku pun baru ler sempat nak melepak depan tv....masa tengah tgok tv...aimie plak sibuk baca 123kat poster yang aku tampal kat dingding umah....satu ikan , dua kucing , tiga katak....dan seterusnya...bila sampai kat sembilan belas..aku dgar dia cakap sembilan belas selipar laut....aku pun macam tertarik..setahu aku mana ader haiwan nama selipar laut...aku tanyalah.......
ummi:..selipar laut tu apa?
aimie:..selipar laut tu haiwan yang dalam laut lah ummi...yang bentuk macam bintang tu...
ummi:...oooo.......sambil tgok pada gambar kat poster...itu bukan selipar laut lah aimie...itu tapak sulaiman lah.....hahahaha tergelak aku...tak pernah aku dengar nama haiwan selipar laut.......klakoooo beno rasanya....
anak aku ni macam-macam......
ini dia...SELIPAR LAUT...gambar adalah dari google
Langgan:
Catatan (Atom)